Kita telah pun mencecah 10,802 kes aktif dengan kebolehjangkitan di Malaysia setakat 3 Disember 2020. Angka ini juga melibatkan kluster di penjara sebanyak 48 kes yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan, Kluster Tembok, Kluster Matambai dan Kluster Bakti. Isu wabak di penjara ini bukan hanya kerisauan terhadap tahanan malah pegawai, warden dan ahli keluarga di perkarangan penjara.
Ini adalah tempoh kecemasan, usaha reformasi penjara harus diambil serius sepertimana yang telah digesa oleh beberapa ahli parlimen berkenaan isu lebihan kapasiti penjara. Rancangan yang dikemukakan oleh Jabatan Penjara bagi membebaskan 75% tahanan yang berisiko rendah pastinya dapat mengurangkan penularan kes Covid19 serta sistem penjara yang lebih progresif buat negara kita.
Berikut merupakan soalan yang diajukan kepada Menteri Dalam Negeri.